Search This Blog

Tuesday 26 July 2011

SYABAN DILALUI RAMADHAN DINANTI SYAWAL DIRAI

Assalammualaikum w.b.t……….
tik tik tik masa berdetik..bumi berputar pada paksi yang tertetap pada-Nya setiap aturan waktu……dari gelap bumi kepada siangnya hari……kembali pada gelapnya malam…begitulah cerita bumi yang berputar selagi dengan keizinan-Nya…..amin….
BerPutarnya Bumi siang dan malam......

Sedar  x sedar perghhhh dah nk masuk ke bulan yang penuh rahmat,kelipatan kali gandanya pahala…..Allahuakbar…..bulan yang penuh dengan keberkatan  bak kata lagu  Rabbani 
 
Berbagai hikmah dan baraqah
Terkandung di dalam bulan Ramadan
Dikurniakan juga Lailatulqadar
Malam terpilih sepuluh malam terakhir 
Nanti jangan lupa tgk anak bulan Ramadhan yer....

Emmmmm tiba je bulan ramadhan mesti  terbayang kat kotak fikiran ni kan…solat terawih,,berbuka puasa, air tebu,air ‘nyor’ ,kuih muih,bunga api, n yang paling selalu sinonim ngn bulan puasa ni ialah…..baju raya,biskut raya,kek raya, hantu raya…..opsssss xda2….hehe….
Jangan Lupa Solat terawih .....jgn malas2....


   KUrma..kurma...kurma.....

emmmm sedap nyer....








Teringat masa belajar kat kedah dulu berpuasa  hampir sebulan kat sana selama 3 kali a.k.a 3 tahun bersama suasana hidup membujang dan juga kawan2…..bila teringat gaya bersahurnya,gaya berbukanya…kelakar pon ada..sedih pon ada…hemmm mcm2 ado…..hehe..yang sukanya bila dapat berbuka dengan kawan2 yang ramai…penuh gelak ketawa dan tawa ria (em xsma ke?) yang sedkit sedihnya bila bulan puasa kita xdapat nk bersahur dan juga berbuka dengan family n lagi satu bila dok kedah ari tu,…em  boleh dikatakan berbuka n bersahur makan benda yang sama je…yela…masa berpuasa kat rumah sendiri..macam2 leh kita makan n rasa ….dengan pelbagai kuihnya..lauk pauknya…..air yang berjenis2…haayoooo best2……Tp apa2 pon semua yang dilalui adalah pengalaman yang mendewasakan diri..yelah.
          ”hidup kita xleh ttp pada satu tempat je..sedangkan bumi pon berputar,air pon mengalir…inikan kita manusia yang dibekalkan akal oleh Allah…..”Tuhan tidak akan mengubah nasib hamba-Nya melainkan mereka sendiri yang mengubahnya” Surah Ar-Ra'd (ayat 11) 




……Ingatlah dalam setahun Cuma satu bulan je ramadhan bertandang…nk tggu ramadhan seterusnya belum tentu kita sempat sampai lagi….jadi rebutlah peluang selagi ia ada….moga kita semua dalam lindungan rahmat Allah setiap masa…..akhir kalam kedua ni..saya menyeru diri saya dan juga rakan untuk menambahakn dan memperbaiki ibadah masing2 supaya diterima Allah untuk kita mendapatkan balasan yang baik di akhirat kelak…amin…..



sekian wasalam dan selamat menyambut RAMADHAN AL MUBARAK……..


Sunday 24 July 2011

Karya Pertama di Blog Kedua…..:)

Assalamualaikum semua,hah….kali kedua create blog nie sbb blog pertama ku dah terlupa password…..adehhh muda2 dah pelupa…terlebih amik semut kot…hehe….Di blog pertama ku hanya sempat wat beberapa story2 je sbb bila nk create yang baru….tup2…..terlupa password daaaaa……xpe2…belajar dari kesilapan kan?...
emm niat wat blog ni bukan ape…sja2 nk meluahkan karya2 yang ter’nusuk’ di dalam hati dan kotak fikiran nih…..banyak perkara yang rasa nk tulis dan kongsi pandangan…mungkin pandangan saya nie terkarya dari hati dan perasaan sendiri dan sbb tu la hasil karya saya ni perlu untuk dikongsi bersama agar saya terus mendapat pandangan dan juga sokongan dalam saya mengkritik dan menulis mengenai isu-isu semasa. Tulisan saya ni tidak lah terhad kepada beberapa perkara sahaja tetapi bersifat menyeluruh  atau ‘ makno kato’ melibatkan semua perkara termasuklah soal hati,perasaan,cinta,kasih sayang,persahabatan,agama,kebangsaan hatta politik dan ekonomi sekalipon…..(kemah2..)pendek kato apo2 pon topik yang melintas di fikiran ni akan ambo karyakan dalam blog nie













sayo jgk ada facebook (Adi Che Ismail)…..biasalah adat hidup di dunia yang serba moden nie…kalau xde benda-benda yang sealiran  perkembangan semasa orang Nampak kita ketinggalan….hehe….adat bertandang ke rumah orang pon ada inikan pula adat hidup kat dunia…..zaman berkembang ikut aliran dan masanya. Tapi satu je perlu igt…Tuhan tu satu tiada Tuhan melainkan Allah…

akhir kalam pertama nie..saya harap kawan-kawan dapat terima kehadiran blog nie ..xkira la sebagai apa….yang baiknya anggap lah ia suatu yang positif kearah menambahkan kebaikan pada saya dan juga pembaca....sekian wasalam….